Monday, February 27, 2012

Tingkatan 6B2 (2004)

Tingkatan 6 Bawah 2 tahun 2004...ngenang zaman jadi senior tuk, tentu best raso nak?


Tingkatan 6A2 (2007)

Tuk clas pra U 6A2. Bilangan geng dalam kelas dh sik ramei dah. Bukan semuo dapat masuk tingkatan 6.

Ada kenal sapa2 dalam kelas tuk?? sedara mara ka..anak buah ka..jiran ka..?

Thursday, February 16, 2012

Dia GuruKu : Puan Zarina Anang

Assalamualaikum....
Edisi pertama "Dia GuruKu" kali tok sempat merisik khabar guru kelas tukang krepak pada satu masa dolok.

Dia - Puan Zarina binti Anang
Asal kelahiran Teluk Intan, Perak.

Sejarah pendidikan : 
1974 - 1979 : SK Pekan Rabu, Teluk Intan, Perak.
1980 - 1984 : SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.
1985 - 1990 : Universiti Teknologi Malaysia - Berkelulusan Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Kepujian). Pengkhususan dalam bidang Matematik. Pasal ya lah beliau jadi guru Matematik.

Beliau mempunyai pengalaman mengajar sudah 20 TahunBeliau kata.."dah tua le tu."

Beliau berkhidmat d SMK Muara Tuang dari September 1990 sehingga Mei 1995 = 4 tahun 9 bulan (cikgu suruh aku kiro kedirik). . Sepanjang mengajar d SMK Muara Tuang - beliau ditauliahkan untuk mengajar Matematik sahaja.

Tapi bila ditanya pernah tak mengajar subjek lain.??
Ini jawapan beliau - "masa di SMKMT tak pernah mengajar subjek lain. Tapi di Semenanjung, ajar Fizik, Sains, Pen. Jasmani dan Matematik Tambahan. Geografi pun ada...Pen. Seni pun pernah walaupun tak reti melukis. Sapu je semua."

Tapi jangan pandang sebelah mato wokey! Beliau ada "black tip belt"  dalam Tae Kwan Do. Sapo brani dekat?? Beliau sangat aktif dalam sukan bola jaring dan pernah mewakili Samarahan dalam kejohanan MAKSAK.

Dalam tempoh 20 tahun dalam bidang pendidikan...beliau berkongsi cerita -
"....Masa kat sana (SMKMT), baru posting...banyak teori sikit pengalaman. Masa tu fikir...math mesti banyak latihan sebagai pengukuhan. Sekarang dah berbeza. Pengalaman banyak membantu. Strategi juga lain. Banyak kaedah yang takde dalam buku teks boleh dugunapakai..itulah, orang kata pengalaman itu banyak mengajar kita."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...