Sejarah

SMK Muara Tuang terletak di kawasan seluas 36.61 ekar di kilometer 11, Jalan Datuk Mohammad Musa. Kira-kira 23 kilometer dari Bandaraya Kuching dan 10 kilometer dari Kota Samarahan. SMK Muara Tuang lebih dikenali sebagai 'SEKOLAH MEREDANG".

Perkembangan Sejarah SMK Muara Tuang

1976 - 1981
Di antara tahun-tahun ini SMK Muara Tuang menumpang di SRK Lumba Kuda, Kuching. Ia mengandungi kelas-kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Jumlah pelajar kira-kira 1,000 orang. Satu blok asrama lelaki dan satu blok perempuan 2 tingkat disediakan. Ramai pelajar asarama ini dari daerah Samarahan.

Antara Pengetua pada masa itu ialah :

1976           : Daniel Law
1976-1977 : Wong Tze Yong
1977-1981 : Martin Chai
1981          : John Sia

1982
Encik John Sia dan sebahagian guru dan pelajar berpindah ke SMK Muara Tuang sekarang pada akhir 1981. Jumlah penuntut adalah 376 orang (265 pelajar asrama). Pembangunan yang disediakan ialah 1 blok pentadbiran, 2 blok bilik darjah, 2 blok bilik makmal (dikongsi dengan bilik SRT). Bilangan blok asrama ialah 3 blok untuk lelaki dan 2 blok untuk perempuan.

1983-1986
Pada tahun 1983 Encik Arthur Chew menjadi pengetua dan dibantu oleh Encik Samin Juani. Bilangan pelajar bertambah kepada 672 termasuk 542 penuntut asrama. Pada 1984, 1 blok asrama lelaki dan 1 blok asrama perempuan dibina.

Pada Januari 1984, bilangan penuntut pun bertambah sehingga 842 (693 adalah penuntut asrama). Bilangan tenaga pengajar bertambah menjadi 36 dan tenaga sokongan 16 orang. Pada tahun ini SMK Muara Tuang dipilih sebagai tuan rumah Perhimpunan Agung Tahunan MSSMBA dan Perlumbaan Merentas Desa Antara Sekolah-sekolah Bahagian Pertama.

Pada tahun 1985 Bangunan "Projek Kilat" dibina dengan 6 kelas dan 1 makmal.

Pada 1986, bilangan pelajar meningkat kepada 1,022 orang; 744 adalah penuntut asrama. Bilangan kelas ialah 29 buah.

1987
Encik Arthur Chew bertugas di SMK Petra jaya dan beliau diganti oleh Encik Sahari Ahmad. Beliau dibantu oleh Penolong Kanan, Encik Matthew Mak dan Penyelia Petang Encik Lee Jin Choi. Bilangan pelajar bertambah lagi kepada 1,404 (904 penuntut asrama). Jumlah kelas ialah 36 buah dan bilangan guru seramai 55 orang. Pada tahun ini SMK Muara Tuang merupakan sekolah yang lengkap dengan bermulanya tingkatan 5 (4 buah kelas) dan 5 kelas tingkatan 4. Buat Pertama kalinya Mesyuarat Agung Pertama PIBG SMK Muara Tuang diadakan. Sekolah ini turut mempunyai 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan 5 juga menduduki peperiksaan SPM. Keputusan yang dicapai sangat menggalakkan.

1988
Encik Sahari berpindah ke SMK Tun Abang Haji Openg dan beliau diganti oleh Encik Haili Dolhan sebagai pengetua. Penolong Kanan 1 ialah Encik Matthew dan Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid) Encik Chan Kee Sang dan Penyelia Petang ialah Encik Hassan Bujang. "Projek Terapung", 1 blok kelas untuk Tingkatan 5 diadakan. Kegiatan Ko-Kurikulum mula diperkenalkan. Sistem KBSM dimulakan dengan dengan dua mata pelajar, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

1989
Encik Ricky Ho dari SMK Stampin mengambil alih jawatan sebagai pengetua baru kerana Encik Haili Dolhan telah melanjutkan pelajaran di England. Encik Matthew (menjadi Pengetua SMK Santubong) diganti oleh Encik Chan Kee Sang sebagai PK 1 dan Encik Hassan Sitam (dari SMK Santubong ialah PK 2. Pada tahun ini SMK Muara Tuang diletakkan di bawah Program Anak Angkat (memandangkan keputusan SPM 1988 yang telah jatuh prestasinya). Guru-guru dan pelahar-pelajar berusaha meningkatkan lagi prestasi dalam pengajaran pembelajaran untuk membaiki keputusan peperiksaan. Usaha mempertingkatkan lagi perpustakaan dijalankan di samping penambahan kemudahan-kemudahan sekolah seperti Bilik Sumber dan Klinik. Oleh kerana perkembangan yang pesat, "Projek KBSM" dilaksanakan dengan pembinaan 1 blok (2 tingkat) bilik darjah. Tempoh persekolahan tahun 1989 tamat pada akhir Oktober 1989.

1990
Pengenalan sistem "semester" bermula pada 4 Disember 1989. Encik Jeniri Amir, Pengetua baru, membuka tirai untuk era 1990. Beberapa projek dijalankan iaitu "Tahun Gerakan Membaca", Projek Gotong-royong PIBG dan Projek Membersih dan Mencantikkan Persekitaran Sekolah. Bilik Kaunseling dan Bimbingan di bawah Encik Hossen Jemuni selaku Guru Kaunseling, dikemaskinikan. Di antara mac hingga April 1990, Bilik Komputer dan Bilik Pengawas disediakan. Juga "Bilik Belajar" dan Bilik Rehat" asrama lelaki dan perempuan disediakan.

Dalam tempoh 8 tahun, SMK Muara Tuang berkembang pesat. Bentuk fizikal, bilangan kakitangan akademik dan pelajar terus meningkat. Setiap tahun ia tetap terus mengharumkan namanya dan tidak ketinggalan mencatatkan sejarah dulu, kini dan masa depan.


1 komen sidak:

Miss Poca said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...