Thursday, May 19, 2011

BERITA : SMK MUARA TUANG muncul johan Choral Speaking

Kuching , 15 Mei -

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang, Kota Samarahan muncul juara Pertandingan Choral Speaking kategori sekolah menengah sempena Festival Hari Guru 2011 anjuran Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Pasukan Choral Speaking sekolah berkenaan berjaya mengalahkan SMK Wira Penrissen yang mendapat tempat kedua manakala SMK Demak Baru di tempat ketiga.

Guru Penasihatnya, Vimala Devi berkata kemenangan mereka adalah hasil usaha anggota pasukan yang tidak jemu-jemu berlatih sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, pasukan Choral Speaking Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Kelali, Semera pula menjuarai kategori sekolah rendah mengetepikan pencabar terdekat mereka, Sekolah Rendah Lodge Kuching

Sumber : Utusan Malaysia, Isnin, 16 Mei 2011


TAHNIAH!!

0 komen sidak:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...